Wednesday, 9 November 2016

Belajar Renang di Putra Regency Hotel... Pengalaman yang mengujakan bagi kanak-kanak.

ANAK HEPI JE DAPAT BELAJAR SWIMMING KAT HOTEL 

Putra Regency Hotel Kangar, Perlis

"Tak sangka la pulak Pakdee ajar renang kat kolam hotel... Suasana yang menarik, patut la anak saya terajak-ajak untuk belajar swimming kat sini, sebab kawan dia belajar dengan Pakdee" Puan Farah.

Pakdee dah lama mengajar kat sini. Memang betul persekitaran kolam renang di Putra Regency memang mendamaikan dan selesa, malah kolam renang terbaik yang ada di Perlis. Pakdee sendiri mengenali pihak pengurusan hotel yang sentiasa menitikberat soal kebersihan dan penyelenggaraan air kolam supaya tiada masalah kesihatan kepada pengguna kolam.

Jadi tuan puan tidak perlu risau, apabila anak-anak anda menjalani latihan renang di sini.
Putra Regency Hotel berhadapan Wisma Persekutuan & IPD Kangar

Tuan puan perlu masuk ke daftar masuk di Lobi hotel untuk akses masuk ke kawasan kolam renang. Pakdee nak nasihatkan supaya mengenakan pakaian renang yang bersesuai untuk pihak pengurusan membenarkan anda masuk. 

Berminat untuk mendapatkan sesi latihan berenang untuk anak anda?

Ikuti Basic Swimming Junior Class Pakdee di Putra Regency Hotel. Kelas diadakan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, boleh jumpa Pakdee di kolam atau hubungi/ whatsapp pada no. 019-4341310. Ibubapa dibenarkan bersama-sama di kolam untuk melihat, tangkap gambar dan gelak ketawa melihat terlatah anak-anak belajar berenang.

10 sesi latihan anak akak dah pandai berenang!

Proses untuk pandai berenang sebenarnya mengambil masa, ia bergantung kepada jurulatih, penerimaan pelajar dan dorongan yang kuat dari ibubapa kepada pelajar tersebut. Ini berdasarkan 9 tahun pengalaman Pakdee melatih kanak-kanak untuk berenang.

Pelajar diajar untuk yakin apabila berada di dalam air yang dalam
Tiada perasaan yang paling mengembirakan ibubapa dan Pakdee sendiri apabila anak didik mampu berenang dengan penuh yakin pada jarak 15 kaki. Suatu pencapaian yang membanggakan! Bagi Pakdee pelajar yang mampu berenang pada sesi yang ke-10 adalah satu bonus bagi Pakdee. Bukan bermakna seseorang pelajar itu tidak dapat berenang pada sesi ke-10 membawa maksud yang kurang baik, tetapi dalam proses renang itu sendiri banyak manfaat lain yang mereka dapat perolehi. Di antara yang dapat Pakdee kongsikan ialah :

  1. Menguatkan tubuh badan pelajar, berenang melibatkan hampir keseluruhan otot yang terdapat di dalam tubuh badan kita. Ini menjadikan mereka tahan lasak dan aktif untuk melakukan pelbagai aktiviti harian dengan cemerlang.
  2. Meningkatkan daya kreatif bagi pelajar. Berenang merupakan satu sukan yang menuntut perenang itu memikirkan 'daya survive' yang tinggi untuk mengelakkan mereka lemas. Jadi pengguna kemampuan otak berjaya dipertingkatkan sewaktu proses ini berlangsung.
  3. Confident Level, perkara ini sangat ketara bagi setiap pelajar Pakdee. Pada awalnya mereka sangat takut untuk berada di dalam air yang dalam, setelah mengikuti bimbingan Pakdee, Alhamdulillah mereka semakin berani dan berjaya menonjolkan diri di kalangan rakan sebaya.
  4. Menjadikan mereka pembuat keputusan yang cekap, lihat bagaimana renang dapat mendidik kognitif, mereka lebih sensitif dalam setiap tindakan dan cepat memikirkan sebab dan akibat dari keputusan yang diambil. 

Insyallah, Pakdee akan kongsikan lebih banyak lagi post tentang kelebihan dari berenang pada masa-masa akan datang. 


Tuesday, 8 November 2016

Kelas Renang Kanak-Kanak Kini di Perlis

MAMA... ADIK DAH PANDAI SWIMMING

"Alhamdulillah hati ibu mana yang tak gembira apabila anak seawal umur 6 tahun kini sudah pandai berenang. Jika dulu Alia takutkan air dan sering terjerit-jerit apabila di bawa bermain di kolam renang. Kini Alia berani berenang pada kedalaman 6 kaki... Teror kan, saya pun tak tahu berenang" Puan Sharifah, Ibu.

"Saya ingat belajar berenang ni sekadar boleh berenang sahaja, tetapi ianya juga sangat membantu dalam meningkatkan keyakinan anak saya di dalam kelas. Satu hari saya berjumpa dengan guru kelas Anis, guru tersebut berceritakan perubahan Anis yang semakin berani di dalam kelas, jika dahulu dia lebih suka duduk di belakang, kini di meja paling depan sekali dan selalu bertanya soalan kepada beliau. Terharu sangat dengan apa yang dikatakan oleh guru kelas Anis"  Puan Hanum, Ibu.

Begitulah respon yang Pakdee terima dari ibu-ibu yang memberi kepercayaan kepada Pakdee untuk melatih mereka untuk berenang. Ada banyak lagi feedback positif yang Pakdee terima dari sesi Basic Swimming Junior Class yang Pakdee adakan. Bagi Pakdee, berenang adalah satu Water Therapy yang sangat bermanfaat untuk perkembangan fizikal dan mental bagi kanak-kanak untuk pertumbuhan dan pembelajaran mereka di sekolah.

First time belajar berenang

Pakdee dan anak didik - Khaira Khalisa

Ingin tahu lanjut mengenai Basic Swimming Junior Class?
Objektif kelas : Kelas asas pengenalan untuk renang bagi kanak-kanak. Peserta akan diajar tentang langkah-langkah keselamatan di kolam renang. Pakdee akan mengajar teknik-teknik renang yang boleh difahami dengan mudah dan berkesan untuk membolehkan mereka boleh berenang dengan cara yang betul. Teknik pernafasan di dalam air dan water confident.

  • Untuk kelas ini Pakdee ambil seawal umur 6 hingga 12 tahun.
  • Sesi kelas diadakan seperti berikut :
  • Jumaat 5.30 petang hingga 6.30 petang
  • Sabtu & Ahad 8.30 pagi hingga 9.30 pagi 
  • Tempat : Kolam Renang, Putra Regency Kangar.
  • Pakaian : Swimming suit
Berminat untuk mengetahui kadar bayaran untuk pakej kelas ini tuan puan boleh terus menghubungi Pakdee untuk penjelasan lebih lanjut. No. telefon 019-434 1310