![]() |
Putra Regency Hotel Kangar, Perlis |
"Tak sangka la pulak Pakdee ajar renang kat kolam hotel... Suasana yang menarik, patut la anak saya terajak-ajak untuk belajar swimming kat sini, sebab kawan dia belajar dengan Pakdee" Puan Farah.
Pakdee dah lama mengajar kat sini. Memang betul persekitaran kolam renang di Putra Regency memang mendamaikan dan selesa, malah kolam renang terbaik yang ada di Perlis. Pakdee sendiri mengenali pihak pengurusan hotel yang sentiasa menitikberat soal kebersihan dan penyelenggaraan air kolam supaya tiada masalah kesihatan kepada pengguna kolam.
Jadi tuan puan tidak perlu risau, apabila anak-anak anda menjalani latihan renang di sini.
![]() |
Putra Regency Hotel berhadapan Wisma Persekutuan & IPD Kangar |
Tuan puan perlu masuk ke daftar masuk di Lobi hotel untuk akses masuk ke kawasan kolam renang. Pakdee nak nasihatkan supaya mengenakan pakaian renang yang bersesuai untuk pihak pengurusan membenarkan anda masuk.
Berminat untuk mendapatkan sesi latihan berenang untuk anak anda?
Ikuti Basic Swimming Junior Class Pakdee di Putra Regency Hotel. Kelas diadakan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, boleh jumpa Pakdee di kolam atau hubungi/ whatsapp pada no. 019-4341310. Ibubapa dibenarkan bersama-sama di kolam untuk melihat, tangkap gambar dan gelak ketawa melihat terlatah anak-anak belajar berenang.
No comments:
Post a Comment