Wednesday, 9 November 2016

10 sesi latihan anak akak dah pandai berenang!

Proses untuk pandai berenang sebenarnya mengambil masa, ia bergantung kepada jurulatih, penerimaan pelajar dan dorongan yang kuat dari ibubapa kepada pelajar tersebut. Ini berdasarkan 9 tahun pengalaman Pakdee melatih kanak-kanak untuk berenang.

Pelajar diajar untuk yakin apabila berada di dalam air yang dalam
Tiada perasaan yang paling mengembirakan ibubapa dan Pakdee sendiri apabila anak didik mampu berenang dengan penuh yakin pada jarak 15 kaki. Suatu pencapaian yang membanggakan! Bagi Pakdee pelajar yang mampu berenang pada sesi yang ke-10 adalah satu bonus bagi Pakdee. Bukan bermakna seseorang pelajar itu tidak dapat berenang pada sesi ke-10 membawa maksud yang kurang baik, tetapi dalam proses renang itu sendiri banyak manfaat lain yang mereka dapat perolehi. Di antara yang dapat Pakdee kongsikan ialah :

  1. Menguatkan tubuh badan pelajar, berenang melibatkan hampir keseluruhan otot yang terdapat di dalam tubuh badan kita. Ini menjadikan mereka tahan lasak dan aktif untuk melakukan pelbagai aktiviti harian dengan cemerlang.
  2. Meningkatkan daya kreatif bagi pelajar. Berenang merupakan satu sukan yang menuntut perenang itu memikirkan 'daya survive' yang tinggi untuk mengelakkan mereka lemas. Jadi pengguna kemampuan otak berjaya dipertingkatkan sewaktu proses ini berlangsung.
  3. Confident Level, perkara ini sangat ketara bagi setiap pelajar Pakdee. Pada awalnya mereka sangat takut untuk berada di dalam air yang dalam, setelah mengikuti bimbingan Pakdee, Alhamdulillah mereka semakin berani dan berjaya menonjolkan diri di kalangan rakan sebaya.
  4. Menjadikan mereka pembuat keputusan yang cekap, lihat bagaimana renang dapat mendidik kognitif, mereka lebih sensitif dalam setiap tindakan dan cepat memikirkan sebab dan akibat dari keputusan yang diambil. 

Insyallah, Pakdee akan kongsikan lebih banyak lagi post tentang kelebihan dari berenang pada masa-masa akan datang. 


No comments:

Post a Comment